Popular Posts

Friday, February 24, 2012

Dunia Housekeeping








Aku senyum sendiri bila terkenangkan pengalaman bekerja sebagai attendant housekeeping suatu ketika dulu..pengalaman pahit manis yang cukup indah walaupun seketika cuma..cuti 4 bulan selepas matrik tak kubiarkan berlalu dengan sia-sia..kebetulan hotel yang terletak berdekatan dengan rumah aku ada mengadakan walk-in interview..mulanya aku fikir nak apply front desk assistant…malangnya ketika aku nak submit resume kat meja urusetia,ada seorang manager HR nie bagitaw kalau nak kerja as a front desk assistant tak boleh pakai tudung..aiyaaa!punyalah aku semangat cari segala info pasal position nie macam manalah aku boleh terlepas pandang tang tudung …yelah kalau owner hotel orang cina tak kanlah dia nak orang yang bertudung litup jadi receptionist kan..then manager  tu pon bagi aku pilihan lain iaitu sebagai attendant housekeeping…aku tersenyum kelat menelan air liur..attendant housekeeping?adoiii..tak tersenarai langsung dalam list aku..dengan berat hati aku pon apply as an attendant housekeeping…

         Mujurlah pengalaman interview yang diadakan oleh unit kemahiran dinamika kat matrik dulu banyak membantu aku untuk membuat persiapan interview kali ini..aku cuba beri yang terbaik walaupun hanya sebagai attendant housekeeping..
aku lepas untuk first stage then second and last stage pulak aku kena berdepan dengan assistant manager housekeeping..dia pon soal aku macam-macam pasal prospek kerja housekeeping nie..seperti yang aku duga,dia bertanyakan mengenai strengthness and weakness..last sekali dia tanya tempoh untuk aku berkhidmat…dengan penuh kelentong aku pon jawab akan berkhidmat selagi mana khidmat aku diperlukan..hehe..cehh..geli hati aku mendengar jawapan sendiri..haha..ayat bukan main lagi..konon berkhidmat selagi diperlukan padahal cukup 4 bulan je aku plan nak chow..haruslah untuk kelentong sikit-sikit kalau nak dapatkan kerja..jujur sangat kang aku yang melepas..maksud aku kelentong yang baik-baik je la…then bila da dapat kerja pastikan beri komitmen 100%..bukan time minta je sungguh-sungguh dan beriya-iya nak kerja..kerja yang diminta da dapat tapi buat kerja sambil lewa..jangan amalkan yer..






    Alhamdulillah dua minggu kemudian aku mendapat panggilan untuk masuk kerja…first day aku kerja, mr Aaron dari HR just bagi briefing pasal hotel and bawak kami iaitu semua staff baru ronda-ronda hotel..uniknya hotel ini bukan atas darat tapi atas air!kalau korang nak tahu,hotel ini dibina mengunjur ke tengah laut dengan rekaan pokok kelapa sawit…seriously memang cantik..aku terpegun dengan keindahan seni bina hotel ini buat seketika..istimewanya,ada 9 trunk yang menyediakan pelbagai jenis villa..Traveles,Premier Travelers,Canary,Ivory and Royale Palm..menariknya lagi, bumbung segala villa kat sini di bina daripada alang-alang…macam style villa kat Bali tu…











yang picture bawah nie pulak Mutiara Bali Resort Villa kat indon...



penggunaan alang-alang kat bumbung buat suasana dalam villa nie rasa nyaman dan sejuk..alang-alang nie pon ada bauan yang tersendiri..sure korang akan rasa tenang..=)









sumber pictures: amik kat google images n blog...
































No comments:

Post a Comment