Assalamualaikum w.b.t
Setiap orang mempunyai persepsi dan falsafah hidup yang berbeza..kita tak ada kuasa untuk menghalang apa yang mereka fikir,apa yang mereka rasa...corak pemikiran bergantung dengan persekitaran dan gaya hidup masing-masing..kita adalah apa yang kita fikirkan..manusia menilai anda melalui lontaran pemikiran anda..
Kalau kita perhatikan,mentaliti orang lama pemikiran mereka tajam..diam mereka diam berfikir dan penuh makna..menganalisis setiap perkara melalui pelbagai sudut..
mereka sangat mementingkan soal adab..adakala sukar untuk memahami kewajaran tindakan mereka..tapi itulah mereka, orang lama..lebih banyak makan garam dari kita..jauh lebih senior dari kita..setiap pandangan kalau kita persoalkan kewajarannya dan kita anggap remeh,hati mereka akan mudah terusik..merajuk membawa hati..maka wajiblah ada drama pujuk memujuk..
Lain pulak dengan generasi Y..susah nak jumpa yang ada daya pemikiran macam orang lama...mostly aci redah je..take easy everything..macam aku lah..bila dah tunggang langgang baru nak kelam kabut pikir solution..
tapi lontaran vokal aku masih terkawal..tak adelah semangat gila nak pertikai dan persoal itu ini..depends pada jenis manusia yang aku jumpa..
apa kelas turun padang jumpa junior..junior yang kena jumpa dorang..nak-nak pulak kalau senior junior nie dalam skop bidang yang sama..salah ke kalau pertemuan antara senior- junior nie dimulakan oleh pihak senior?kat sini bukan nak kata junior nie gedik2 demand mengalahkan senior..cuma pada aku kalau kena dengan cara,atmosphere,tak salah mulakan langkah dulu..yang tak boleh bla nye bila kena berdepan dengan senior yang kerek giler..banyak cekadak songeh.. memang rasa nak nangis ketaq lutut la jawabnyer..saborr je lah..
Nak tak nak kena face jugak..angguk kepala je la..nak buat macam mana..dia durian kita timun..tergolek ke saje2 nak golek kat durian ke kompem kita yang tercalar abeh rabak..kalau face dengan yang flexible,tak kerek,relax je memang best lah kan..tak menolak 100% pandangan orang muda..dia dengar dan analisis..dan alasan yang diberi sangat berhemah..bestt kan?
kita akan lebih respect kat dia..hormat dan takut berbeza..nak jadi yang dihormati atau ditakuti?pilihan kat tangan sendiri..
p/s: ikutlah resmi padi..makin berisi makin tunduk..tak salah kita belajar dari orang yang lebih junior dari kita..adakala kita akan dapat ilmu yang bermanfaat dan tak disangka dari mereka..belajar dari kelemahan sesuatu pihak juga adalah ilmu.
No comments:
Post a Comment