Popular Posts

Wednesday, September 12, 2012

Hati Sayu


                           Oyak Kayo telah pergi meninggalkan keluarga dan para sahabat untuk menemui Maha Pencipta..pemergian beliau ditangisi...arwah merupakan senior di sekolah aku merangkap mantan exco sukan..meskipun aku tidak mengenali beliau dengan rapat tetapi hati ini tetap merasai kesayuan...sayu hati ini bila baca post2 dari sahabat2 beliau yang sukar untuk menerima pemergian arwah ...sekelip mata sahabat yang dikasihi pergi meninggalkan dunia fana...hati mana yang tak merintih..jiwa mana yang tidak menangis..berat lagi perasaan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan arwah selama 22 tahun..menurut sahabat dan saudara mara,arwah merupakan seorang yang peramah,penceria rakan2,berbudi bahasa,anak yang baik dan disenangi kawan dan keluarga...sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi beliau..


                                    pemergian arwah oyak mengingatkan aku pada seorang teman matrikulasi
yang juga telah pergi..aku mengenalinya
ketika larian KAKOM yang dianjurkan pihak matrikulasi..hanya kenal dari jauh..tak berani menyapa..waktu itu dia kehilangan salah satu kertas check point..aku nak bantu tapi tak terluah di bibir(aku jaga garisan penamat)..tanpa kertas tu dia tak boleh menuntut kemenangan sebagai johan..kasihan dia..di akhir majlis nama dia disebut johan lelaki blok B..aku tersenyum ...alhamdulillah rezeki dia...baru ku tahu AH namanye...



                                     sejak itu,aku selalu katakan pada sahabatku yang dia adalah 'anak ikan' aku..hahaha..actually aku tak maksudkan pon benda tu dalam erti kata yang sebenar..sekadar suka2 buat gelak2 sesama kawan..jahat kan..yang penting jangan sampai dia tahu title tu..hehee~ pada pengamatanku,dia lelaki yang baik..kopiah tak lekang di kepalanya melainkan waktu  riadhah je tanggal..lepas main bola penat2 pon dia sempatkan juga bergegas bersiap pergi surau untuk solat berjemaah..padahal waktu maghrib dah hampir sangat..setengah orang mungkin rasa kepenatan dan hanya solat di bilik sahaja...bukan orang lain cerita..mata aku nampak sendiri(kebetulan nampak bukan gatal nak dok usha je)..kalau bercakap siap bermakhraj lagi lenggok suaranya..bercakap pon da macam orang ngaji..aku suka dia tak lebih daripada perasaan sebagai saudara seislam..jauh sekali untuk mempunyai rasa cinta dan sayang..mungkin juga sebab aku sendiri dah ada soulmate(ehemmm..hehe..tak berniat nak curang)..dan mungkin juga usianya yang muda setahun dari aku...not my taste..hanya perasaan normal sebagai manusia biasa yang tertarik pada personaliti baik hamba ALLAH...it doesn't mean any desire..lagi satu,dia ni ramai sangat peminat..pon bukan taste aku..









                                    kuasa ALLAH tak mampu diatasi manusia...kalau tak silap dalam bulan 5 2011 dia pergi menemui ILLAHI..arwah lemas ketika cuba menyelamatkan rakan(ke arwah lemas ketika mandi air terjun kemudian cuba diselamatkan rakan..eemm tak ingat sangat)..yang buat aku rasa terkilan,aku tahu berita tu pada bulan 9..entah macam mana satu malam tu aku terdetik nak bukak group page matrik..aku scroll down..scroll and scroll..tiba2 jantung aku berdebar2 baca 1 post ni siap ada pic arwah dan 2 orang kawannya...seriously aku betul2 terkejut yang dia dah tak ada...sukar untuk aku percaya..air mata aku tak berhenti2 mengalir..YA ALLAH..terus aku dapatkan kepastian dari sorang kawan matrik yang kebetulan sama uni ngan aku..dia mengiyakan...patutlah aku cari tak jumpa...pemergiannya turut diratapi keluarga,para sahabat, baik lelaki mahupun perempuan...sehingga saat ini,kadangkala bila teringatkan arwah hati aku dihambat sayu...sesungguhnya insan yang baik walau kita tak mengenalinya secara rapat zahir dan batin tetapi kita masih boleh merasai aura soleh dalam dirinya...panggilan 'budak surau' meniti di bibir orang kampung saat berita pemergiannya dikhabarkan..semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..Al-fatihah~ AH








p/s:     aku harap entri ini tidak menimbulkan salah faham mana2  pihak yang mengenali diri ini...







2 comments:

  1. Fara, aku salah faham. Haha. :P
    Semoga kedua2 arwah di tempatkan syurga bagi mereka. al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. wehhhhhh!janganlah salah faham fyza...kalau boleh timbulkan salah faham aq delete je lah entri ni...huhu

    ReplyDelete