Hati ini rasa terpanggil untuk berceloteh mengenai zaman hingusan aku ngan buku selepas baca 1 artikel dalam Utusan-Berubahlah,jalani gaya hidup sihat siswa#tak ada kaitan pon hidup siswa ngan zaman hingusan aku#…dalam
ruangan tu ada diselitkan beberapa bait sajak nukilan Usman Awang,PERPUSTAKAAN(1982)…tak
puas baca terus aku cari mr.google…bahasanya sangat puitis…seriously aku jatuh
cinta dengan puisi ini(^_^)…aku suka puisi tapi tak ada bakat ke arah tu…teringat
ayah yang mempunyai koleksi puisi
ciptaanya sendiri..malangnya,darah seni sastera itu tidak mengalir dalam tubuh
aku…jom layan puisi Usman Awang ni~..
Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Mutiara Pendeta Tasik Pujangga
Kota Kebenaran Penaung Kebebasan Ucapsuara
Dari Ruang Ini Bersinar Keagungan Pemikiran
Menghayati Teluk-liku Zaman Demi Zaman
Tanpa Prasangka Apa Tanpa Batas Benua
Kekal Bersama Angin Yang Mengusapi
Abadi Bersama Langit Yang Memayungi
Dikeramatkan Untuk Anda Menghirup Segala
Di Perpustakaan Tercinta Ini
Aku antara manusia yang sangat suka mengunjungi perpustakaan..sejak
kecil,aku lebih senang jadikan library tempat ‘lepak’…mujurlah perpustakaan
desa terletak berdekatan dengan kawasan rumah..lebih kurang 3 minit berjalan
kaki..kalau boleh rasa nak tidur ,makan ,berak,kencing segalanya dalam
sana..tak nak balik!nak kata aku ni rajin membaca tak jugak..suka tu
yalah..nampak buku tu nak baca..buku ni nak baca..asalkan hati tertarik terus
aku sambar..tamak..sampai tak tahu nak baca yang mana satu..sudahnya aku angkut
semua buku yang aku nak baca letak atas meja..time tu aku gila ngan novel
cintan cintun alaf21..haha..ada jugak aku amik magazine2 ilmiah yang tersusun
kat rak..tengah syok2 baca ni tiba-tiba,
“dik,akak dah nak tutup library
ni..lain kali datang lagi yer…”
“errkk…”
Adoiii..spoil betul..terpaksalah aku nyorokkan buku2 yang
tak sempat baca kat bahagian bawah rak sekali..toleh kiri toleh kanan..yesss!line clear...ada ruang kosong yang
tersembunyi..jengg..jenggg..huhu..selfish kan..yalah nak pinjam banyak2 tak
boleh..just limited for 4 books..jangan amalkan cara ni..tu dulu zaman kanak2
ribena..sekarang kat uni kalau aku pergi library ngan kawan2 kompem dorang
perli sambil tersengih2 saat kakiku melangkah ke ruangan akhbar.. ”Farrah nak
jadi menteri..” mungkin sebab aku baca lama sangat kot..hahaha..dulu yelah suka
baca newspaper lama2..sekarang tak sangat..selak2 baca sikit2 then terus aku jump ke page
tengah bahagian rencana..time darjah 6 aku suka kumpul koleksi fakta kecil yang
ada kat bahagian sudut bawah utusan(bulatan merah)…banyak aku simpan tapi dah hilang..sedeh
tak yah nak kate la..penat aku kumpul..kotak simpanan aku tak ingat letak
mana.. cari punya cari tapi masih tak jumpa..seriously aku sayang sangat benda
tu..utusan sekarang dah tak ada ruangan fakta macam tu lagi..
Suka membaca tapi tak suka buku….
Zaman sekarang perkara ni bukanlah sesuatu yang
menghairankan..manusia lebih prefer menggunakan teknologi internet untuk
dapatkan segala maklumat..just click! You’ll get everything…how an
easy…buku?hampehh..haram la nak dipandang atau dibelek..tebal sangat
la..berat,leceh nak bawak..kuno la..bla bla bla..pada aku,secanggih mana pon
teknologi manusia,buku tetap diperlukan sebagai sumber ilmu..ada benda yang
kita cari tak ada di alam maya..nak tak nak buku juga yang kita kena hadap..bagi
aku,buku adalah sesuatu yang klasik dan lidah cendekiawan yang perlu dipelihara
nilainya..ia buat jiwa rasa damai dan menenangkan bila hidup dikelilingi buku… =)
No comments:
Post a Comment