Pesan aku,
Kalau nak menembak...pastikan peluru cukup...kalau nak menyumpit....pastikan sumpitan itu tepat dan jitu..
Bila tiada persiapan rapi maka ketewasan menghampiri anda..
Ok ni bukan entri untuk bagi tips berburu atau apa2 yang berkaitan dengan binatang dan hutan..
Hanya sekadar bait ayat mengenai sikap manusia dalam lontaran kata-kata..keghairahan melontar hujahan minda adakala memakan diri..pincangnya apabila gagal mengawal emosi lantas bicara bibir itu mahupun mata pena yang menulis tidak senada dan seirama..sumbang dan menyakitkan..
Bicara bahasa yang keterlaluan dan memperlekehkan..serius annoying..bicaralah dengan akal bukan dengan emosi..mendabik dada dengan 9 akal 1 nafsu dan memperlekehkan 1 akal 9 nafsu..sedikit tidak gentar dengan katamu itu..ibarat meludah ke langit terpercik ke muka sendiri..bangga dengan 9 akal yang dimiliki tetapi pemikiran tidak menggambarkan seperti pria yang miliki 9 akal..bicara dengan penuh angkuh,emosi dan perlekehkan orang lain,adakah ini 9 akal yang kau agungkan..?hahaha..mual tekak ku..
1 nafsu tapi yang 'tu' jeeee..
vs
Wahai pria,
Usah kau mendabik dada dengan 9 akal itu sekiranya 9 perkara ini tidak kamu miliki,
1.Hormat
2.Tenang
3.Rasional
4.Ikhlas
5.Percaya
6.Prinsip
7.Memahami
8.Sayang
9.Beri dan Terima
p/s : tak perlu ego...
No comments:
Post a Comment