Popular Posts

Sunday, February 17, 2013

Harimau Yang Membaham...Singa Yang Ditembak

Assalamualaikum w.b.t...

Alkisah...


Dalam perjalanan ke satu destinasi,Harimau dan Singa berasa sangat lapar..kemudian mereka bercadang untuk mencari mangsa santapan perut..tidak lama kemudian,mereka jumpa apa yang  dicari iaitu rusa..saat itu muncul rasa tamak dalam hati harimau..dia ingin miliki rusa itu sendiri sebagai santapan..dia dah tak kesah pasal singa yang lapar sepertinya..mereka bertelagah..akhirnya rusa itu dibaham harimau sendiri..mereka menyambung perjalanan dalam situasi yang dingin tanpa sepatah kata..singa akur walaupun dia lebih kuat dari harimau tetapi dia tak boleh tandingi pengaruh harimau dalam hutan tersebut..harimau hebat dalam berkata2 dan terkenal dengan egonya..seantero isi hutan akur dengan kata2nya..bimbang suara mereka akan mencetuskan amarah harimau..tiba di satu tempat,mereka berehat..singa tertidur..waktu itu,muncul pemilik rusa mencari rusanya..



Pemilik Rusa : heyy harimau..ada kau nampak mana rusa aku..?
Harimau : aku baru sampai berehat disini..aku tengok singa da tertidur lagak seperti kekenyangan..mungkin rusa kau sudah ada dalam perutnya..

Pemilik Rusa berang..singa terjaga dari tidur..baru sahaja dia nak menyapa pemilik rusa,tetiba pemilik rusa itu terus mengangkat senapang gajah disua ke muka singa itu..BANGGG!!!


Tamatlah riwayat singa tersebut..harimau senyum senang hati..dia terlepas dari tembakan pemilik rusa..


.......kasihan nasib singa..dah la lapar tak dapat makan..lepas tu mati sia2 saje kena fitnah..yang paling jahat actually pemilik rusa..tak sewajarnya dia terus jatuhkan hukum pada singa..tanyalah dulu..ini tidak..terus main terjah tembak je..belum tentu apa yang dikatakan harimau itu 100% benar..tidak rugi jika mendengar penjelasan singa terlebih dahulu..inilah akibatnya bila emosional mengatasi rasional..

       Kisah singa,harimau dan pemilik rusa ni hanya sekadar satu analogi yang aku relatekan dengan episod hidup..adakala perkara begini terjadi dalam hidup kita..tanpa usul periksa,kita jadi mangsa..kita disabitkan salah oleh mereka yang enggan mendengar sebarang penjelasan dari mulut kita..kita dihukum untuk sesuatu yang bukan kesalahan kita..mereka lebih senang mendengar hasutan2 longkang yang cuba mengeruhkan keadaan..tapi apakan daya..suara kita hanya sekadar satu picisan bagi mereka yang menghukum membuta tuli..suara kita di pandang enteng sehinggakan satu huruf pon tidak mahu didengari..jadi dimana keadilan untuk kita?

p/s : LISTEN..LISTEN..LISTEN..

No comments:

Post a Comment