Popular Posts

Thursday, April 26, 2012

Amin Idris yang awesome!

Korang pernah tengok jejaka nie tak?alaaa yang selalu muncul kat channel alhijrah tuuu...





Ini dia Bro Amin Idris yang sangat hebat dalam bidang motivasi...kesempatan bertemu beliau ketika kem Pembangunan Kendiri di Pulau Langkawi tak disiakan...ceramah motivasi beliau sangat mantap..cukup terkesan dalam diri aku..kawan aku sampai naik angau ngan bro nie..haha..angau2 pon kawan aku nie boleh pulak tertidok..pooodaaahhh!huhu..


Mata aku pon tak lepas pandang tengok dia...hehehe...suka dengar ceramah dia je...bukan suka nak menggatal hokkayyy..laki orang nie...dalam aku amati wajah Amin Idris nie,dua benda terlintas kat kepala otak aku...first,aku kagum gila tengok kehalusan kulit wajahnye..mak aihhh kalah kulit aku!hahaha...selebriti mestilah kena jaga kulit kan..yang second pulak ...errr...ermmm..perlu ke aku mention ea?fans Amin Idris jangan marah ye...nie apa yang aku rasa time tu la...aku tengok dia macam
Mr Bean...heee~..aku ingat aku sorang je yang fikir macam tu..aleh2 kawan aku yang duduk sebelah pon akui benda yang sama...comel!=) Agaknya sebab aksi dia kot yang kadangkala melucukan...sempoi habesla..


bersemangat menyanyi dalam ceramah



Bagi yang masih tak mengenali Amin Idris,jom kita tengok biodata diri beliau..check it out!


BIODATA AMIN IDRIS


  • AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan.
  • Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant
  • Penulis buku
  • Pengacara televisyen
  • Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Penerima Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training
  • Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.
Pendidikan
  • Lulusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama
Pencapaian Semasa
  • CEO merangkap Prinsipal Trainer di Amin Idris Training Consultant
  • Penulis buku. Menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
  • Penyampai Motivasi dan Pengacara Rancangan Bual Bicara di TV al-Hijrah
  • Penulis skrip untuk TV Pendidikan
  • Pengacara sambilan di rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9
  • Pengacara sambilan di RTM 1 (antaranya ialah Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009, Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan 2008& 2009 dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa tahun 2008 & 2009)
  • Menyampaikan klip motivasi Bahasa Inggeris di radio Traxx.fm (frekuensi 90.3)
  • Penyampai Motivasi Pagi di Radio IKIM.Fm.
  • Menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)



lisa surihani ngan Amin Idris mana lagi feymes?hehe..Amin Idris kot...fans lisa jangan naik hangin yer...sebab aku nak add facebook Amin Idris nie da  tak boleh nak add da~...friends list dia dah mencecah 4891! 














aku nak add je kua mende nie pulak...adehh..kacau betol...










tekan la "Add Friend" sampai patah jari memang nie je la yang terpampang kat skrin...hebat kan penangan Amin Idris?4891!


birthday aku dekat2 je ngan bro nie..errmmm agak2 de chance tak aku nak jadi orang hebat macam dia?ye la kan..orang cakap tarikh lahir nie mencerminkan personaliti diri...kot2  aku kena tempias sinar kejayaan macam dia ke...hahaha...berangan je aku nie! 
















sempat gak la bergambar ngan dia...=)



tempoh sehari memang tak cukup nak korek ilmu dari beliau...banyak benda yang aku belajar dari ceramah Amin Idris nie walaupun masa yang dikongsi cuma sementara...sesuatu yang aku biasa dengar tapi baru menyedarinya...jutaan terima kasih kepada Amin Idris..=)








ANALOGI!  ENERGI!   SINERGI!



4 comments:

  1. Terima kasih. Blog ini juga saaagat awesome!!! :)

    ReplyDelete
  2. dont worry semua orang boleh success..tentu awak boleh...yang penting NAK dan ACTION je..=D

    ReplyDelete