Popular Posts

Thursday, May 17, 2012

Bahagia Itu Milik Semua









      Bahagia itu milik semua...setiap dari kita berhak untuk miliki kebahagiaan...tapi kebahagiaan tak datang bergolek 
tanpa usaha...berusahalah untuk menikmati bahagia...ia tak akan datang menghampiri mereka yang hanya tahu menunggu dan menunggu tanpa melakukan apa-apa usaha...kadangkala kerana parut luka masa lampau masih berbekas manusia sukar untuk membuka pintu bahagia yang lain...mereka berpegang pada prinsip sekali terluka selamanya akan terluka...
mungkin korang pernah dengar ayat nie,ENGKAULAH APA KAU 
FIKIRKAN ...kalau korang set dekat otak yang korang akan terus terluka memanglah korang akan terluka...terluka..dan tak akan berhenti rasa terluka...hati korang pon sampai rabak...ok,kenapa aku kata yang korang akan kompem terus rasa terluka..?






Doa


apa yang korang fikir dan ucapkan akan jadi satu doa...kalau setiap nano second dok fikir pasal sedih,luka hati,menangis berbaldi-baldi sampai sanggup berikrar tak akan jatuh cinta lagi...tak nak rasa dilukai..anggap cinta dan bahagia bukan milik korang...cukup 40 kali je makbul la doa korang tu..

















Fikiran pengaruhi tindakan






Aku sokong 200% apa yang pak cik Lao Tzu nie katakan...contohnya katalah c Tipah nie baru putus cinta...frust menonggeng tahap gaban..hari2 berendam air mata..then,dia decide tak akan buka pintu hatinya untuk mana2 lelaki..memang dah lock ketat2 hatinya dari dicerobohi sang teruna..key nya pon dah campak jauh2 dekat puncak gunung everest..siap tanam 7 kaki dalam salji..pada dia,
cinta hanya akan buat dia derita
cinta bukan bahagia tapi racun
tak ada lelaki yang boleh jujur dan setia pada cinta
hey..hey!aku tak percaya cinta...

Sempat c Tipah nie nyanyi lagu Lyana Jasmay yerr...
walaupun c Tipah dah melancarkan perang pada cinta ternyata perang itu yang membunuh jiwanya...hari2 yang dilalui Tipah dibayangi kesedihan dan ketakutan cinta..lelaki yang singgah dalam hidup tak dihiraukan..dia tak bagi peluang untuk lelaki tu buktikan keluhuran cintanya pada Tipah..mindset dia dah totally negative pasal cinta..kalau selamanya c Tipah kekal dengan prinsip nie tak mustahil hidupnya hanya akan diselubungi kesunyian,kedukaan..






Selagi kita bernafas,perasaan terluka memang tidak akan pernah padam dalam kamus hidup manusia..suka tak suka inilah liku hidup yang kita kena tempuhi..kita bukan sempurna..orang-orang disekeliling kita juga tak sempurna..kerana itu adakala tindakan kita mahupun tindakan mereka boleh melukakan hati sendiri dan hati mereka..adakah kerana derita yang pernah muncul dalam hidup dijadikan lesen untuk kita tepis kebahagiaan masa depan?





Bangkitlah dari penderitaan..jangan biarkan diri tersungkur lama dalam dunia derita..adakala untuk menghadapi situasi yang sukar dalam hidup bukan bergantung pada kemampuan fizikal semata tetapi kekuatan mental lebih penting..derita ini akan mematangkan diri..jadikannya sebagai penguat semangat untuk hadapi hidup dengan lebih baik..setiap derita yang muncul bukan sia-sia..DIA datangkan kepada kita derita dan luka untuk kita lebih kuat hadapi hari mendatang..runtuhkan tembok ketakutan yang merantai jiwa..ketakutan itu hanya akan buat jiwa lebih merana..beri peluang pada c dia untuk ubati luka yang bernanah dalam hati korang ..tak salah mencuba dari berserah dan menyalahkan takdir..selebihnya kita serahkan pada ALLAH untuk menentukan..DIA pertemukan kita dengan orang yang salah sebelum disatukan dengan Mr Right supaya kita lebih menghargai dia...














2 comments:

  1. x de makna nak perli la syg..just entri umum x de kaitan antara hidup dan mati...aku pernah rasa pe yg ko rasa=)

    ReplyDelete