Popular Posts

Wednesday, November 21, 2012

Tips Menepis Serangan Hackers Facebook

Assalamualaikum w.b.t


Facebook dah tak selamat!


Hackers sedang menjalankan aktiviti meng'hack' account facebook(FB) para pemiliknya secara gerila..perghh ekstrem giler ayat kan..panik,marah,tension kompem semua perasaan bersatu bergabung..meletop! bila account FB korang kena hack..sabar bawak bertenang...tarik nafas perlahan..lepas..tarik nafas lagi..lepas..fuhh!

Aku pernah di hack ngan member sendiri..time tu pergi lepak bilik dorang..sambil borak bergelak tawa aku on9 FB kejap..tetiba perut memulas tak boleh tahan dah nie..
dah kat hujung tanduk..menjerit-jerit minta segala isi di muntahkan segera..nie semua gara-gara penangan neslo ais..dah tahu perut tak tahan ngan neslo gatal gak nak minum..tanpa fikir panjang aku terus memecut 500m/s ke toilet..tak sempat nak logout..

Time tengah buat pelaburan emas juta-juta tu,hati aku sempat berdoa janganlah member-member aku hack FB aku..dorang nie bukan boleh caya..pantang nampak FB tak logout mula lah pakat nak hack..

Bila pelaburan dah settle aku pon masuk bilik depa dengan senang hati..lega~~..hihihi
terkejut beruk aku bila tengok status! 


kurang asam depa!sengal ubi kayu!
status yang agak memalukan mengenai pelaburan emas juta-juta!apa lagi gelak sakan la depa tengok aku meroyan..cissss..


terus aku delete..sorang kawan aku sempat komen..aduhh!
habis hancus lebur keayuan ku di muka buku..hahaha..=P

kira ok lagilah kalau member yang hack..sebab salah kita gak tak hati-hati..sebaiknya apa jua keadaan kritikal terjadi pastikan keselamatan FB anda terjamin..pesanan ini di bawakan khas oleh penaja..^_^


Ada kes pulak kita da logout account tapi ada manusia yang terlebih cerdik hack FB orang dengan cara yang lebih advance..dunia sekarang, teknologi makin canggih kesengalan manusia pon makin mencanak-canak..aiisshh tak faham aku..ada pulak tu blog yang siap ajar macam mana nak hack account FB..download software lah..deactivate anti-virus la..ayat tak boleh bla kononnya tutorial nak tambah ilmu jangan salah guna,tu dia kata..well..aku rasa possibilty untuk di praktikkan selepas baca lebih cerah kot..yeah depends pada kesucian hati manusia tersebut sama ada nak ambil sebagai ilmu biasa atau ilmu praktikal..pada aku sebarkanlah ilmu yang baik,bermanfaat dan berguna pada semua orang..agak-agak ilmu tu tak berapa nak baik better simpan sendiri..sebab hati manusia ni bukan semua suci murni..

Kat sini  korang boleh ikuti 13 tips nak elak serangan hackers facebook..maybe kita boleh lagi tarik nafas lega kalau hackers terdiri dari kalangan member yang kita kenali..dorang mungkin hack biasa2 je..ayat2 nak pekena kawan buat gelak suka suki..tadahal lagila kan..tapi awas sekiranya muncul hackers yang kita tak kenal..dan nie jauh lebih berbahaya sebab kita tak tahu sejauh mana dia boleh hack kita..kalau tak cukup dengan 13 tips tu kat sini ada lagi..


p/s: pelik ada friend yang aku tak pernah approve tapi tetibe jadi friend..mungkinkah aku bakal di hack oleh stranger?







2 comments:

  1. ceh!hang hack fesbuk aku tak pa pulak no?!

    ReplyDelete
  2. hahaha..tak pa aku je boleh hack hang..aku hack yang baik je..hikhik :p

    ReplyDelete