Popular Posts

Saturday, June 15, 2013

Pergimu Tak Kembali..

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hampir menjelang maghrib,henpon ku yang sering sunyi dari bunyi2 mesej masuk tiba2 kedengaran "klulung..klulung.." 
sape pulak mesej maghrib2 ni..soal hatiku pelik..
tertera 'luvly dad' di skrin henpon..oohh ayah rupenye..sangkaku ayah nak bermesej manja anak beranak..yela arini kan father's day..lagipon waktu tengahari before tu kami ada bermesej..kot la kan ayah nak mesej2 nasihat dan kata semangat macam selalu..

sangkaanku meleset.....

aku terkedu usai baca mesej tu..


'mak mah baru meninggal jam 5.50pm'
perlahan-lahan air mata aku jatuh menitis..tiada kata yang terluah..bibirku hanya bergerak perlahan membaca Al-Fatihah..aku masih terkedu..soalan zati,rumetku yang bertubi-tubi 'kenapa farrah?' aku biarkan sepi lama tanpa jawapan..

'mak cik aku dah tak ada... ' air mata ku makin laju mengalir..

sungguh aku cukup terasa dengan pemergian arwah..aku rasa terkilan tak dapat balik menjenguk jenazah arwah sebelum dikebumikan..mujur aku sempat berjumpa arwah hari selasa ritu..aku bergegas balik isnin malam bila mama kol lepas maghrib bagitahu keadaan mak mah dah kritikal..arwah waktu itu hanya bergantung pada bantuan oksigen..Ya ALLAH,arap2 mak mah ok..hati aku tak tenang mendengar khabar tersebut..actually aku tersepit sama ada memutuskan untuk balik atau tidak memandangkan masa aku dah terlalu suntuk untuk prepare exam hari rabu..banyak gile weeee tak cover lagi..subjek semiconductor yang aku cukop allergy!

akhirnya aku putuskan untuk balik malam itu juga..jam 4 pagi aku sampai hospital ampang..kasihan mak mah,tubuhnya penuh dengan wayar berselirat dan penutup mulot oksigen..alhamdulillah anak2 semua ada disisinya..mak mah senyum melihat kedatanganku..aku usap tangannya..air mata aku menitis..tak sanggup melihat keadaannya..saat itu aku berdoa,Ya ALLAH,panjangkanlah usia mak cikku.. 

sebelum aku balik tengahari tu,aku kucup dahi mak mah..aku cakap,'nanti miera balik minggu depan kita jumpa lagi ye'..mak mah memejam matanya rapat..hati aku cuba menahan sebak..seriously aku maksudkan kata2 tersebut..aku nak jumpa mak mah balik cuti sem ni..nak duduk lepak borak2 macam dulu..gurau senda gelak tawa..lagi2 kalau mama aku join sekaki..kompem kecoh..aku tetap berharap keadaannya akan pulih sihat seperti dulu..

tapi....ternyata ALLAH lebih menyayanginya..

arwah antara mak cik yang rapat denganku..mentelah lagi arwah duduk depan rumah aku..kami berkongsi halaman rumah..sejak arwah disahkan menghidap leukimia 2 tahun lalu,aku makin rajin kan diri menjenguk arwah tiap kali cuti pulang ke rumah..

cuti semester yang lepas,momen yang paling menyentuh hati...doktor kata mak mah dah tak ada harapan..keluarga kena try cara alternatif untuk ubati penyakitnya..ubat kimoterapi dah tak tahan untuk badan dia..badan arwah dah tak kuat nak terima ubat kimo..adik beradik mama try usahakan yang terbaik cari ubat alternatif untuk arwah dalam waktu yang terlalu suntuk dan kritikal..ubat kena cari cepat sebelum perkara yang tidak diingini terjadi..alhamdulillah usaha tu berjaya..kos ubat tersangat mahal..kalau tak silap aku RM7k untuk 10 liquid bottle size sederhana..

adik beradik amanahkan mama untuk jaga pemakanan ubat mak mah..setiap pagi dan malam mama akan ingatkan aku untuk bagi ubat kat mak mah..aku akan tuang ubat dalam penutup botol dan berjalan bawa ubat tu ke rumahnya..tak jauh pon..10 langkah dari pintu rumah dah sampai..

mama cakap biarlah aku yang bagi ubat kat mak cik supaya kehadiranku boleh temani dia..mama memahami perasaan kakaknya yang terlalu rindukan anak perempuan bongsu..lepas kawen mungkin disebabkan komitmen keluarga anaknya jarang balik menjenguk..biasanya rumah mak mah riuh dengan suara budak2 kecik,macam tadika..tapi malam tu aku datang menjenguk suasana rumah sunyi dari suara budak..hanya ada mak mah dan suaminya saje berdua..pak cik aku pon kesihatannya uzur..dia baru lepas operation mata..

mak mah duduk termenung tepi katil..aku tahu hatinya sunyi rindukan anak..mak mah pendam kerinduan yang menggunung..mak mah kata dia tak nak kerap makan ubat tu..sehari sekali pon cukup..ubat mahal..dia tak nak susahkan adik beradik..sedih hati aku dengar..'duit boleh di cari mak mah..tapi mak mah cuma ada sorang tak boleh dicari lain..' air mata mak mah mengalir..aku apa lagi,banjir juga la mata ni..'tak pa ubat lain ada lagi..'mak mah still cuba menolak..mak mah minta aku doakan kesihatan dia..'doakan mak ye miera..'sayu suaranya..pasti mak mah..miera memang nak mak mah sihat..

aku sayang mak mah..arwah adalah mak cikku dan dia juga ibuku..aku ingat lagi time tu aku ada krisis dengan mama dekat2 hujung cuti..krisis terhebat sepanjang 22 tahun aku hidup..Astaghfirullah,aku menyesal dan moga itu yang pertama dan terakhir..aku tak nak ulangi krisis itu..sayang mama!

saat aku sedih dan menangis je kerjanya time tu,mak mah datang ketuk pintu bilik..dia tahu aku baru lepas gaduh dengan mama ayah..mak mah datang tenangkan aku..sudahnya mak mah pon nangis sama dengan aku..dia tak nak aku merajuk bawa diri menjauh dari mama ayah..mak mah tak nak hubungan aku dengan mama ayah keruh berpanjangan..aku faham disebalik kata-katanya itu ada duka yang disimpan..dan hari yang sama,mak mah ngan nenek bawa aku jalan pergi pekan belanja makan rojak..mereka nak hiburkan hati aku.. sedangkan kesihatan mak mah time tu tak mengizinkannya untuk drive..kasihan mak mah..aku tak ada lesen..

tapi lepas ni semua tu tak ada dah..mak mah tak ada nak bawak aku p jalan lagi..dah tak ada untuk dok lepak borak sama2...dah tak ada gelak tawa mak mah..dah tak ada suara mak mah minta miera amik kan itu ini..mak mah,miera akan merinduimu...semoga roh arwah mak mah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman..tenanglah dirimu disana menemui Maha Pencipta..
Al-Fatihah~ Almarhumah Saimah Samin..











    kenangan raya 2011-arwah mak mah
 memaut lengan cik sal.. :'(


No comments:

Post a Comment