Popular Posts

Wednesday, December 7, 2011

~ Rahsia di hati... tak siapa yang tahu~







Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?



Tak usah diucap tak usah dilafaz aku sudah mengerti bahasa cintamu






AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

~ masa dan kejauhan bukanlah halangan bila jodoh telah di tentukan ~






Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. 

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Tuesday, December 6, 2011

Terima Kasih Cinta...






Terima kasih cinta...untuk segalanya...kau berikan lagi kesempatan ini...~ mesti korang pernah dengar kan bait-bait lagu nie?untung bagi yang mendapat kesempatan lagi untuk merasa nikmat cinta,nikmat di sayangi..kita selalu dengar luahan hati cinta seorang perempuan tapi jarang sekali bisikan hati arjuna dapat kita dengari...dalam bercinta tak kira lelaki atau perempuan pasti akan rasa sakit dan peritnya bila kecewa menyentap jiwa...lelaki biasanya tak tunjuk secara umum betapa frustnya dorang bila kecewa bercinta...depan member tunjuk macho setitis air mata pon sukar untuk di lihat di tubir mata..lain pulak dengan perempuan..selalu bila frust, sana sini kawan dia pergi ngadu hati yang lara...hehe..normal la kan..
aku tak pernah frust bercinta lagi..dia yang pertama dan yang terakhir,insyaALLAH. .








tapi aku pernah berdepan dengan orang yang frust menonggeng nie..kelakar pon ade gak..hehe..experience adiq aku sendiri..dia da hampir nak exam spm waktu frust.. balik sekolah saje terus dia dok terperap dalm bilik..biasanya tak macam tu....biasanya dia akan tukar baju then layan sinetron ngan adiq beradik yang lain..tapi kali nie dia berkelakuan pelik..mama panggil banyak kali ajak makan pon dia diam je dalam bilik..langsung tak bersahut sepatah..kitorang fikir kejap la tu ..agaknya gadoh2 manja ngan awek kot...sehari dua hari berlalu dia tetap macam tu jugak..mama pon jadi risau la..hati mak mane yang boleh tenang tengok anaknya bermuram durja aje...bila di tanya kenapa?dia diam seribu bahasa...yang mama aku nie pulak tak boleh kalau tengok anaknya sedih macam cicak kubing..huhu...kitorang pon syak la mesti de something yang dahsyat sampai dia jadi terok sangat...mane tak nya dia bukan setakat berkurung kat bilik je nie siap menyorok terbaring belakang katil..terperosok sempit2..apa celup?adeehhh...baju sekolah pon upenya tak tukar langsung...tiap malam lagu2 orang fruts je yang di alunkan dari hand phone dia...hhmmm...korek punya korek lama2 tahu sudah...betol la tekaan aku ngan adik2 yang lain..dia frust menonggeng...cian pulak tengok dia macam tu..dahsyat jugak kan bila lelaki frust...


aku jumpa 1 video menarik untuk tatapan korang semua..





sebelum aku tengok video nie,awal2 aku da pesan kat diri sendiri..don't cry..sebab aku rasa video nie biasa je kot dan tak mungkin akan buatku mengalirkan air mata apatah lagi menangis..cehh berlagak bukan main..hehe..tapi sangkaan ku ternyata meleset sama sekali..baru tengok separoh aku da dapat rasa kolam mata ku basah..akhirnya empangan mataku pecah jua ='( ='( uwaaaa...uwaaaa....uhuk..uhuk...



dulu aku sering persoalkan kejujuran dia...hati ini terlalu meragui ketulusan dan keikhlasan cintanya padaku...sukar untuk aku meyakini lafaz cinta yang di ucapkan..ya..aku takut..takut untuk berasa kecewa..takut andai cinta ini tdak kesampaian..takut jika aku menggantung harapan tinggi pada cinta yang dia hulur berakhir dengan derita...aku tak nak merasa sakit dan peritnya kekecewaan yang mampu menyentap jiwa...hati aku tak cukup kuat untuk hadapinya..dari raut wajahnya terpancar kesedihan setiap kali aku bangkitkan persoalan ini pada dia...namun dia cukup sabar dengan karenah aku yang cukup keras hati dan sangat degil...meskipun acapkali mulut lancang ku meminta perpisahan,dia tetap berusaha dan sabar pertahankan hubungan kami ini...ketakutan yang sentiasa membayangi perasaan aku...walaupun segala bukti sudah terbentang depan mata aku masih lagi persoalkannya...aku buta untuk menilai kasih sayang yang kau curahkan...ternyata video ini telah menyedarkan diriku..sejurus selepas aku menonton video tanda lelaki sayang terus aku menghubungi dia tapi dia tengah makan kat kedai..aku menunggu kepulangannya untuk aku menyatakan betapa aku terlalu menghargai dia dalam hidupku...betapa aku terlalu inginkan dia sebagai khalifah dan imam  untuk meniti hidup ini..betapa aku sesali kerana pernah meragui ketulusan hatinya..hanya dia yang aku mahu..bersamanya keselamatan aku menjadi keutamaan dia..tak pernah sesaat aku rasa terabai..kadangkala dia persis seorang ibu yang prihatin dengan pergerakan anak kecil..hehe..aku tahu sukar untuk aku rasa macam nie dengan lelaki lain atau mungkin tidak akan pernah rasa selamat seperti dengan nya...terima kasih sayang...terima kasih cinta kerana beriku kesempatan menikmati cinta dari hati seorang lelaki yang baik...<3 <3 u very strong sayang!







appreciate la orang yang anda cinta sebelum dia hilang dari pandangan matamu..it just useless to regret then..hati manusia nie tak pernah puas tak kiralah lelaki atau perempuan..sama saje..dorang dok fikir and searching someone else yang kononya boleh appreciate dorang lebih dari yang kat depan mata..no need la kawan..we don't know whether that guy will appreciate u or not..silap2 yang korang dok kejar-kejar kan tu buaya tembaga..kaki putar alam aje..haha..da terkena nanti baru terhegeh-hegeh merayu nak kembali ke pangkuan kekasih lama...tapi sorry la derrr...kirim salaammmm je la...menangis air mata darah pon belom tentu orang yang korang tinggalkan akan kutip korang semula...what goes around is comes around..hehe..
fikir la semasak-masak sebelum berniat nak scandal mandle nie..












Lagi Novel ke Layar Skrin











selepas kejayaan filem lagenda budak setan yang di adaptasi dari karya ahadiat akashah,trend novel di visual semakin rancak difilemkan..terbaru adalah filem ombak rindu hasil nukilan fauziah ashari..aku tak nak ulas lanjut tentang filem nie sebab entri yang lepas aku da post..pastinya filem ini bukanlah filem terakhir dari novel kerana dah bersusun drama/telemovie novel yang akan menemui peminat-peminat novel romantis melayu terbitan alaf21....wooww teruja bukan?!hehehe...aku dapat info nie pon kat satu blog di sini.7 buah novel telah terpilih untuk di angkat ke skrin kaca TV.tak sabar nak tunggu kemunculan novel2 hebat nie!=)
sayang seribu kali sayang kerana sume nye dalam siaran astro yer..kalau kat TV3 kan best..semua orang boleh layan drama nie..






























semua novel yang terpilih nie bukan calang-calang novel k..bestseller sumenyer..yang best sekali bila 3 buah novel karya novelis pujaanku terpilih!daebakkk!hehe...tahniah AISYA SOFEA=) kalau boleh aku nak sume novel dia di drama kan..kenapa sehangat asmara tak masok dalam list yer?plot ceritanye bestt n very touching ='(....love zainal arief so much!hehe...dalam pale aku nie cuma nampak adi putra je yang sesuai untuk watak Nal...sweet n baik ala2 macam zikir dalam tentang dhia..hope akan datang ada peluang untuk sehangat asmara lak...



“i'll lend u my shoulder to u cry on,my hand to u hold,my feet to walk with u....but i can't lend u my heart..coz it already belongs to..someone..” 





tak kurang juga untuk novel siti rosmizah,Andai Itu Takdirnya..memang superbbbb!adoiii..meleleh je air mata nie 1 kolah...='(  kalau novel nie di angkat ke layar skrin kompem lagi gempak dari ombak rindu..mahunyer banjir panggung wayang nanti..haha...aku pasti kegemilangan drama-drama novel nie boleh buat sinetron indonesia dan telenovela mexico menjerit bengang peminat dorang lari..hahaha..padan muka..=P






Aleya~"Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. 
Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi,
 hatiku lebih keras dari kerikil." ~Syed Aizril









Monday, December 5, 2011

Fenomena Ombak Rindu






vs


kisah cinta hariz dan izzah yang tak pernah berhenti di hempas ombak..
love victory belongs to most persevering<3

aku pasti kebanyakan daripada kita sekarang sedang di serang demam filem ombak rindu...filem nie bukan setakat buat peminat setianya demam kuss kuss..hehe..malah keganasan auranya dapat di lihat berdasarkan kutipan pada hari pertama tayangan-RM750K!!pergghh..boleh kalahkan filem KL Gangster kalau ceni ganasnyer..ada sumber mendakwa filem nie da mencatat kutipan RM7 juta selepas 72 jam tayangan dan ada pula yang mengatakan kutipannya RM4 juta selepas 4 hari tayangan...aku pon tak tahu lah mana satu yang betul..yang pasti movie nie memang da booommbb!!^_^   kita tengok saje nanti kutipan filem nie selepas 2 minggu wajib tayangan.. kemunculan filem ombak rindu ternyata telah mengembalikan zaman kegemilangan filem cinta yang kian layu sejak akhir2 nie..syabas kepada seluruh krew produksi yang menjayakan ombak rindu!dan segunung tahniah di ucapkan kepada penulis novel ombak rindu-FAUZIAH ASHARI .
tiket wayang untuk filem nie pon dah full seminggu...dahsyat bukan?kasihan dekat peminat tegar novel nie ='(...uhuk..uhuk...aku pon peminat tegar jugak tapi tak dan la aku nak pergi tengok kat wayang...bukan tak nak menyokong filem ini cuma hatiku terlalu tulus untuk memberi laluan kepada peminat lain menonton nya...hahaha..(padahal tunggu masuk youtube je...jimat...tak payah nak berebut...hehehe...)



sukar rasanya untuk memenuhi citarasa semua pihak..ada peminat yang memberi komen pro dan kontra..ada sebahagian daripada mereka kecewa dengan pengolahan filem ini...mungkin bagi mereka yang frust sebab ade scene yang berbeda sama sekali ngan dalam novel...aduuhhh..memang la spoil kalau macam tu kan...
maybe osman ali nak bagi sedikit kelainan..kalau semua scene novel di visualkan ke layar skrin bahaya juga sebenarnya...




aksi ranjang antara hariz ngan izaah...aduuhh berkocak naluriku..hehehe..




terciptalah banyak dosa bagi mata yang menyaksikan nya..ada banyak scene dalam novel boleh di kategorikan sebagai 18SX..bila membaca kita hanya visualkan dalam bentuk imaginasi dan kita sendiri yang tahu ...dosa tanggung sendiri la kan..tapi bila di terjemahkan di skrin nampak tak manis(dosa) la bila dorang berlakon beraksi panas..macam-macam komen negatif akan dilemparkan pada pelakon..yang tonton pon dapat tempias dosa...dan apa yang dorang jawab "saya ikut skrip"..so sebagai peminat mahupun penonton tak bolehlah nak berharap sangat novel di angkat ke filem akan beri jalan cerita original sepenuhnya...ada yang boleh dan ada yang perlu di limitkan..jom layan gambar-gambar ombak rindu seterusnya...=)




romantisnyerr..<3





love both of you!<3




kasihan izzah...sentiasa dikasari hariz..



hariz menikahi mila ='(