Popular Posts

Sunday, December 30, 2012

Jatuh Bangun Hidupku

Assalamualaikum w.b.t





Setiap orang ada episod jatuh bangun dalam hidup..kita tidak akan sentiasa berada di atas..macam roda..berputar dan berpusing..adakala di atas,adakala di bawah..sama macam aku..especially pasal study..
aku bersyukur dikurniakan akal yang baik walau tak sebijak orang lain..mama kata,aku dah pandai baca dengan lancar seawal usia 4 tahun..17 tahun lepas maybe macam agak pandai la kan budak kecik 4 tahun da pandai baca lancar..kalau zaman sekarang umur 2 3 tahun kot da lancar membaca..setakat 4 tahun dah tak heran dah..then everything goes smoothly sepanjang aku sekolah rendah..aku darjah 1 dua kali..bukan sebab aku tak lepas nak naik darjah 2..tapi sebab cikgu tadika aku dah tak nak terima aku..huaaaaaa...sedih tak?dia suruh ma ayah aku masuk kan aku darjah 1 je..kemasukan awal aku time drjah 1 tu di gelar darjah 1 olok-olok...ada pulak macam tu kan..haha..pastu taon depan nya aku masuk lagi darjah 1..

Kun Fayakun


Assalamualaikum w.b t...



Ada satu story aku nak share kali ni..aku amik story ni dalam satu page kat fesbuk..

Di suatu rumah, seorang wanita sedang bercengkrama dengan seorang laki-laki. Tak lain dia adalah suaminya yang sudah di nikahinya selama 20 tahun.

Suaminya bertanya,”Kenapa kamu memilihku untuk menikahimu? padahal kita tidak lama berjumpa. Semudah itu kah kau jatuh cinta padaku?”

Wanita itu pun tersenyum manja seraya menjawab,
”Karena Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memilihmu untuk ku cintai.” 

sweet kan..?

Saturday, November 24, 2012

5 Tahap Menguji Kemarahan

Assalamualaikum w.b.t


Aku baru je balik dari konvensyen mengenai kaunseling..terus semangat nak update blog..hehe..sebab pagi tadi aku ada buat 1 ujian menguji tahap kemarahan.. tu yang teruja nak share kat blog..ok straight to the point..ujian nie dinamakan sebagai ujian IEMR(Inventori Emosi Mental Remaja)..ada 35 soalan yang sangat pendek dan cukup ringkas perlu di jawab untuk melengkapi ujian..jangan risau soalan2 nya tak critical thinking sampai boleh buat korang pening kepala..aku tak dapat nak share 35 soalan tu kat sini..tak sempat nak salin daaaa~..aku just bulatkan pilihan jawapan a,b,c,d kat paper yang dia bagi..soalan dipaparkan kat microsoft word..



Wednesday, November 21, 2012

Tips Menepis Serangan Hackers Facebook

Assalamualaikum w.b.t


Facebook dah tak selamat!


Hackers sedang menjalankan aktiviti meng'hack' account facebook(FB) para pemiliknya secara gerila..perghh ekstrem giler ayat kan..panik,marah,tension kompem semua perasaan bersatu bergabung..meletop! bila account FB korang kena hack..sabar bawak bertenang...tarik nafas perlahan..lepas..tarik nafas lagi..lepas..fuhh!

Aku pernah di hack ngan member sendiri..time tu pergi lepak bilik dorang..sambil borak bergelak tawa aku on9 FB kejap..tetiba perut memulas tak boleh tahan dah nie..

Mentaliti


Assalamualaikum w.b.t

             Setiap orang mempunyai persepsi dan falsafah hidup yang berbeza..kita tak ada kuasa untuk menghalang apa yang mereka fikir,apa yang mereka rasa...corak pemikiran bergantung dengan persekitaran dan gaya hidup masing-masing..kita adalah apa yang kita fikirkan..manusia menilai anda melalui lontaran pemikiran anda..






           Kalau kita perhatikan,mentaliti orang lama pemikiran mereka tajam..diam mereka diam berfikir dan penuh makna..menganalisis setiap perkara melalui pelbagai sudut..

Thursday, November 8, 2012

Tak Tahu Nak Ikut Yang Mana Satu



     Manusia cakap tak serupa bikin(segelintir)…Bila kita buat begitu dia nak begini..kita dah buat begini dia nak begitu pulak..aiisshh pening2..tak tahu mana satu sebenarnya yang dia nak..ok cuba korang perhatikan 2 ayat kat bawah nie..jangan silap ye ..nie bukan entri mencari kesilapan tatabahasa dalam ayat..hehehe..bukan juga entri nak jawab karangan SPM..katalah yang cakap nie adalah orang yang sama..


“Salah tak apa..yang penting kamu mencuba..jangan malu untuk mencuba..orang yang paling rugi ialah orang yang tak pernah mencuba.”

Friday, November 2, 2012

Sayang Mama...Sayang Ayah


Lama tak balik rumah..sungguh aku rindu giler tahap cipan bertanduk kat orang rumah..rindu mama..rindu ayah..rindu nenek..rindu kak iqa,apen,emy,johan harith..missing u all so much! :'(




my mama yang super gorgeous n my ayah yang always hencem! :)

Thursday, October 18, 2012

Biarkan



Biarkan Twitter Berbicara...
Biarkan..Biarkan..Biarkan...
Facebook diam tidak berkata apa...
Hanya melihat sejauh mana keghairahan twitter melontarkan kata..
Sedikit jua facebook tidak gentar..
Biarkan..Biarkan..Biarkan..



Friday, September 28, 2012

Bajet 2013

            







            Bajet 2013 dah selamat dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28/09/2012..Sejumlah 251.6 billion ringgit diperuntukkan untuk merealisasikan bajet tersebut..peningkatan 18.8 billion ringgit berbanding Bajet 2012..

Thursday, September 27, 2012

Lidah Cendekiawan


                      


                   Hati ini rasa terpanggil untuk berceloteh mengenai zaman hingusan aku ngan buku selepas baca 1 artikel dalam Utusan-Berubahlah,jalani gaya hidup sihat siswa#tak ada kaitan pon hidup siswa ngan zaman hingusan aku#…dalam ruangan tu ada diselitkan beberapa bait sajak nukilan Usman Awang,PERPUSTAKAAN(1982)…tak puas baca terus aku cari mr.google…bahasanya sangat puitis…seriously aku jatuh cinta dengan puisi ini(^_^)…aku suka puisi tapi tak ada bakat ke arah tu…teringat ayah yang mempunyai  koleksi puisi ciptaanya sendiri..malangnya,darah seni sastera itu tidak mengalir dalam tubuh aku…jom layan puisi Usman Awang ni~..

Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Gedung Akal Laut Bicara Manusia

Wednesday, September 12, 2012

Hati Sayu


                           Oyak Kayo telah pergi meninggalkan keluarga dan para sahabat untuk menemui Maha Pencipta..pemergian beliau ditangisi...arwah merupakan senior di sekolah aku merangkap mantan exco sukan..meskipun aku tidak mengenali beliau dengan rapat tetapi hati ini tetap merasai kesayuan...sayu hati ini bila baca post2 dari sahabat2 beliau yang sukar untuk menerima pemergian arwah ...sekelip mata sahabat yang dikasihi pergi meninggalkan dunia fana...hati mana yang tak merintih..jiwa mana yang tidak menangis..berat lagi perasaan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan arwah selama 22 tahun..menurut sahabat dan saudara mara,arwah merupakan seorang yang peramah,penceria rakan2,berbudi bahasa,anak yang baik dan disenangi kawan dan keluarga...sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi beliau..


                                    pemergian arwah oyak mengingatkan aku pada seorang teman matrikulasi
yang juga telah pergi..aku mengenalinya

Saturday, June 16, 2012

Istana Tengah Tasik..Awesome!



                     Wahhhh....aku ternganga sesaat dua tengok istana mewah nie kat tengah2 tasik...bukan calang-calang orang boleh miliki istana macam nie...istana yang cun meletop da bomb nie terletak kat Florida...pemiliknya seorang arkitek,Sieger Suarez..alahai bertuahnya badan ...tapi tak berjiran ngan orang la...berjiran ngan ikan..kosong je aku tengok kelilingnya...kalau ada sepasang dolphin yang lompat2 dalam tasik tu lagi syiokk wooo...haha..berangan je lebih aku nie!macam la istana nie haku yang punya...hehehe~=D




Sedapnya Bahasa Panggil Orang Murtad



               K adangkala kita tak faham maksud sesuatu perkataan tapi dek suka ikot apa yang orang cakap,kita pon melulu je ikot...contohnya tang murtad nie...mungkin kita pernah dengar kawan-kawan,saudara mara atau jiran tetangga cakap macam nie,




" ko nie jawa murtad daa...cakap jawa pon kelauttt...hahahaha"



               bukan main sakan lagi dorang bergelak tawa ye...

Friday, May 18, 2012

Muka Cepat Merah : Apa Perlu Buat?


     Jenuh aku berfikir,kenapalah muka aku nie cepat sangat bertukar warna...lepas jogging muka turn to bright  red..cuaca panas ataupon panas tak berangin dalam suhu bilik dan penat pon buat muka aku jadi merah...time gelak sakan pon muka bertukar warna...kena sakat ngan kawan terus muka jadi merah..bila muka merah lagi la galak dorang  menyakat aku...adoiii...kalau berucap depan crowd terasa sangat darah naik menyerbu muka...aku sentuh pipi..panas..malu gilerr sehh..mat London kata muka cepat merah nie symptom rosacea..something yang normal sebab ada increasing blood flow kat superficial capillaries...kalau kritikal sangat boleh buat treatment guna Laser and Intense Pulsed Light(IPL)...tak tahu la kalau treatment nie betul2 berkesan atau tak...aku tak kritikal kot..


           Seriously,aku cukup tak selesa ngan keadaan nie..bila muka nie cepat sangat merah,mula lah banyak mulut yang bertanya dan nasihat suruh jangan tepek produk yang peeling2 kat muka..eh bila pulak aku layan produk ngarut macam tu?agak benganglah jugak...aku nie tersalah guna pencuci muka ke?aku diam sebab tak tahu nak jawab apa..tak kott..aku da lama pakai produk safi balqis nie..dulu pernah try stop guna kejap..aku tak tenyeh apa2 produk kat muka..

Thursday, May 17, 2012

Bahagia Itu Milik Semua









      Bahagia itu milik semua...setiap dari kita berhak untuk miliki kebahagiaan...tapi kebahagiaan tak datang bergolek 
tanpa usaha...berusahalah untuk menikmati bahagia...ia tak akan datang menghampiri mereka yang hanya tahu menunggu dan menunggu tanpa melakukan apa-apa usaha...kadangkala kerana parut luka masa lampau masih berbekas manusia sukar untuk membuka pintu bahagia yang lain...mereka berpegang pada prinsip sekali terluka selamanya akan terluka...
mungkin korang pernah dengar ayat nie,ENGKAULAH APA KAU 
FIKIRKAN ...kalau korang set dekat otak yang korang akan terus terluka memanglah korang akan terluka...terluka..dan tak akan berhenti rasa terluka...hati korang pon sampai rabak...ok,kenapa aku kata yang korang akan kompem terus rasa terluka..?






Doa


apa yang korang fikir dan ucapkan akan jadi satu doa...kalau setiap nano second dok fikir pasal sedih,luka hati,menangis berbaldi-baldi sampai sanggup berikrar tak akan jatuh cinta lagi...tak nak rasa dilukai..anggap cinta dan bahagia bukan milik korang...cukup 40 kali je makbul la doa korang tu..













Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru:Jasamu Tidak Ternilai


              Hari nie tanggal 16 Mei 2012 adalah tarikh keramat buat seluruh guru di Malaysia....aku ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU   kepada guru2 yang telah banyak mencurahkan ilmu pada aku sejak kecil hingga kini...terima kasih untuk segala jasa dan pengorbanan kalian...hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas... sesungguhnya jasa pendidik tak mampu dibayar dengan wang ringgit...pendidik ibarat ibu bapa kita...sayangilah dan hargailah mereka...tanpa mereka,kita bukan siapa2 di dunia...tiada kejayaan manusia tanpa jasa seorang guru...






Bila cikgu marah,bukan tak sayang...
dia tak nak kita kecundang dalam hidup dek kelekaan berpanjangan...






Monday, May 14, 2012

Geramnyerrr Tengok Aksi Kucing Cute!


miss meoww google apa tu?bukak FB ea....cari mr meoww..


Amboiiiii!kucing-kucing zaman sekarang nie bukan main lagi....hehee~ aksi2 dorang yang sempat aku google nie betol2 mencuit hati... ada 1 blog nie special untuk kucing2 yang comel lote...korang boleh tengok kat SINI.....jom layan~

Thursday, May 3, 2012

Control Ayu atau Beradab?



       Aku suka kaitkan isu nie ngan  makan...kita selalu nampak perempuan kalau makan kat public mesti tertib,tak  gelojoh...adab makan dijaga...jawa cakap tak sembrono..haritu aku makan kat cafe ngan sorang teman...bersebelahan meja aku ada 3 orang dara pingitan(ececeh)...salah sorang daripada dorang telah menarik perhatian aku dengan cara dia makan..sopan je aku tengok dia makan..tiba-tiba kawan sebelah dia bersuara,


          
         "makan tak payah nak control ayu sangat la...rilex sudah"


                 


           C dara yang tengah makan nie pon terkebil-kebil dengar ayat yang keluar dari mulut kawannya..aku yang dengar pon tersentak...amboii puaka betul..jaga adab makan nie control ayu ke?

Wednesday, May 2, 2012

Perlu Ke Dating Bawa Adik?

      
      Tengah hangat dilamun cinta mestila rasa asyik nak keluar dating je .... kalau boleh nak berkepit sepanjang masa...makan sama,i suap u..u suap i..shopping pon ada yang boleh tolong bawakkan barang ...sampai c jejaka sanggup sangkut handbag c dara kat bahu sendiri...sayanglah katakan...tapi mata aku tak berapa gemar kalau tengok c jejaka romantis bawak handbag c dara manja...bagi aku not nice la...maybe setengah orang akan kata that jejaka is very gentleman..yeah,terpulang..tiap orang ada pandangan sendiri...cuma mata aku nie je yang tak bape suka nengok..rasa tak kena...




             Seronok kan dating berdua tak ada yang kacau daun...c jejaka romantis dan c dara manja ada privacy nak berkongsi rasa hati...ada pulak yag akan kata,"tak bosan ke asyik cerita dengan orang yang sama...macam la dekat tepon tak boleh nak cakap"...ada benda yang kita bualkan dekat tepon tak sama bila mana kita luahkan saat face to face...intonasi dan body language menentukan cara penerimaan seseorang yang mendengar..salah gaya ada kang yang tarik muncung panjang sedepa...






                

Thursday, April 26, 2012

Amin Idris yang awesome!

Korang pernah tengok jejaka nie tak?alaaa yang selalu muncul kat channel alhijrah tuuu...





Ini dia Bro Amin Idris yang sangat hebat dalam bidang motivasi...kesempatan bertemu beliau ketika kem Pembangunan Kendiri di Pulau Langkawi tak disiakan...ceramah motivasi beliau sangat mantap..cukup terkesan dalam diri aku..kawan aku sampai naik angau ngan bro nie..haha..angau2 pon kawan aku nie boleh pulak tertidok..pooodaaahhh!huhu..


Mata aku pon tak lepas pandang tengok dia...hehehe...suka dengar ceramah dia je...bukan suka nak menggatal hokkayyy..laki orang nie...dalam aku amati wajah Amin Idris nie,dua benda terlintas kat kepala otak aku...first,aku kagum gila tengok kehalusan kulit wajahnye..mak aihhh kalah kulit aku!hahaha...selebriti mestilah kena jaga kulit kan..yang second pulak ...errr...ermmm..perlu ke aku mention ea?fans Amin Idris jangan marah ye...nie apa yang aku rasa time tu la...aku tengok dia macam

Tuesday, April 24, 2012

Mengalah Bukan Kalah

         




        Baru-baru nie aku join 1 kem ketahanan diri di sg perak...first time aku pergi kem yang betul2 enjoy..mane taknye,kem nie tak ada jadual aktiviti yang padat macam kem2 lain..pandai2 la korang nak arrange masa sendiri..nak masak pukul berapa..nak tidur awal pon boleh...tak ada suara fesi jerit2 panggil suruh gather..aktiviti utama kem just berakit je..first day kitorang bermalam kat kampung cegar galah..camp site betul2 sebelah sg perak..arus agak deras time tu..perasaan aku bercampur baur tengok arus sungai yang deras...mak aiihh boleh ke aku redah berakit nie..?orang cakap kat sg perak nie ada bujang senang...glupp!BUJANG SENANG!!betul ke ada nie..alamak abeh la aku macam nie ..matila aku dibaham bujang senang..orang lain mati ada tanah kubur ada batu nisan..kang aku mati tak bernisan macam mana orang nak ziarah kubur aku..kengkawan aku pon resah gelisah semacam..tak senang duduk tengok arus sg perak..keceluparanku hanya berlegar di ruang minda..mulut bagaikan terkunci nak meluahkan...kang tak masal dia muncul betul2 lak t...








lanun sg perak!haha...team aku yang begitu sporting =)






            Sebelum aktivti berakit dimulakan,kitorang dibahagikan kepada 11 kumpulan...aku ngan sorang member nie plan nak 1 team..then apa yang kitorang plan berjaya..hehe..fesi2 syak ada yang cheat...ketara sangat ada team yang ramai sangat ahli ..

Friday, March 16, 2012

Aaaarrgghhh! Aku Lupa Ada Exam!













Kalau tak silap aku sekarang nie musim budak2 dip tengah final exam...good luck!=) pulun jangan tak pulun...untungler kan da nak abeh study..aku nie lagi 3 tahun baru boleh free dari segala assignment,quiz,test,tutorial,lecture and etc..
teringat pulak time exam sem lepas...
satu petang jumaat yang indah aku balik dari kelas je terus tido..aku nie benonye bukanla jenis suka tido petang..bukan habit aku melainkanlah kalau aku tersangat penat dan letih..before lelapkan mata, roomates aku yang dua orang nie bagitahu yang dorang balik rumah cuti weekend..aku da tak dengar apa da teros mata aku laju je terpejam rapat..sedar-sedar da pukul6.30 petang..aku melilau tengok bilik sunyi sepi je..terdetik kat hati aku,biasalah hari sabtu memang dorang tak melekat kat bilik..kalau tak balik uma pon kua hang out ngan member...lepas mandi and solat terus aku ngadap lappy..masa pon berlalu pantas sampai la menginjak pukul 10 malam...tengah syok2 tengok cerita korea tiba2 phone aku berdering ada panggilan masuk..
  
pika : farrah, ko katne?
aku : kat bilik la..mane lagi..
pika : weh,ko tak pergi exam ke?
aku : (tergamam) aarrggggggg!!!EXAM!adoiiiiii...alamak..exam la!macam mana aku leh lupa nie..ari nie jumaat ea?adoiii...


Memang kelam kabut lintang pukang aku di buatnya bila tersedar yang aku lupa pergi exam!

Sunday, March 4, 2012

Drama Sehangat Asmara



Seriously aku tak sangka my hero,ady putra bakal memegang watak ZAINAL  ARIEF!!hahaha….dulu aku pernah post mengenai beberapa novel yang akan diadaptasi ke layar skrin..pada mulanya yang aku tahu novel sehangat asmara tak ada dalam list untuk  divisualkan..frust gak la..so aku just imagine kalau adi putra yang bawak watak Nal..then baru-baru ini dikhabarkan sehangat asmara bakal menemui peminat setianya  di kaca televisyen!bessstttt!^ ^  

Dan apa yang aku bayangkan menjadi kenyataan apabila si gorgeous Adi Putra dan Rita Rudaini menjadi pendukung watak utama novel feymes ini…


zainal arief yang sentiasa cool





kamilia najwa seksi


kalau tak silap rambut Zainal Arief wavy sikit...errmm tapi janganla misai tebal macam nie ye Nal...kasi trim ok..hehe..ada kumis nipis da boleh buat peminat zainal arief gila bayang melihatnya...wow!

Kay boleh lari kalau tengok Nal macam nie..huhu




bilik kecil ini menjadi saksi cinta agung Kay dan Nal di kota London


Saturday, February 25, 2012

Dunia Housekeeping:Tak Sabar Nak Pergi Kerja!=)


            






                Kerja kat hotel nie syok jugak…mane tak nye semua dorang tanggung..boleh dikatakan,duit  gaji korang tak kan bersentuh sikit pun..makin bertambah tiap ari ada la..hah,macam mana tu?nanti aku cerita…transport  disediakan,makan free..best la kan sebab tak perlu korban sendiri punyer fulus..walaupun kerja tukang kemas bilik orang  tapi aku ada driver…hehe…ko hado?tak kannn…



              Tiap pagi pukul7.50 driver datang amik aku kat depan rumah..balik kerja pon di hantar..bahagianye di layan special..hehe..benonyer,bukanla aku sorang dilayan special gini..naik van beramai-ramai daaa…satu je problemanye,

Friday, February 24, 2012

Dunia Housekeeping:Menyesalkah Aku?


            Dua minggu pertama aku kerja hanya perlu assist  orang..apa yang aku perlu buat adalah belajar selok belok macam mana nak make up bed,procedure nak make up villa..waktu assist senior kerja tak adalah berat mana..Cuma cuci toilet,sapu,mop  tak pon vacuum je…lepas dua minggu je aku terus dapat assignment sendiri..sebagai attendant housekeeping(AH),kitorang ada kuota masing-masing yang perlu disettlekan dalam tempoh 8 jam bekerja..


bagi AH yang kena buat assignment  traveles, sebanyak 12 buah villa perlu di make up ..banyak kan?bukan bilik ok…villa!seorang pulak tu yang kena buat..untungler  kalau ada assist..malangnya AH hanya diberi assistant apabila hotel busy je..back to back nonstop.. kalau tak sendiri bikin la jawabnya…

Dunia Housekeeping








Aku senyum sendiri bila terkenangkan pengalaman bekerja sebagai attendant housekeeping suatu ketika dulu..pengalaman pahit manis yang cukup indah walaupun seketika cuma..cuti 4 bulan selepas matrik tak kubiarkan berlalu dengan sia-sia..kebetulan hotel yang terletak berdekatan dengan rumah aku ada mengadakan walk-in interview..mulanya aku fikir nak apply front desk assistant…malangnya ketika aku nak submit resume kat meja urusetia,ada seorang manager HR nie bagitaw kalau nak kerja as a front desk assistant tak boleh pakai tudung..aiyaaa!punyalah aku semangat cari segala info pasal position nie macam manalah aku boleh terlepas pandang tang tudung …yelah kalau owner hotel orang cina tak kanlah dia nak orang yang bertudung litup jadi receptionist kan..then manager  tu pon bagi aku pilihan lain iaitu sebagai attendant housekeeping…aku tersenyum kelat menelan air liur..attendant housekeeping?adoiii..tak tersenarai langsung dalam list aku..dengan berat hati aku pon apply as an attendant housekeeping…

         Mujurlah pengalaman interview yang diadakan oleh unit kemahiran dinamika kat matrik dulu banyak membantu aku untuk membuat persiapan interview kali ini..aku cuba beri yang terbaik walaupun hanya sebagai attendant housekeeping..