Popular Posts

Thursday, December 22, 2011

antara cinta dan poligami





Baru-baru nie aku ada english oral test.. lecturer aku bagi 3 tajuk based on short story..1) what motivates you to do well in studies.2) what sacrifices would you make for someone you love.3) what is your opinion on polygamy..kalau korang la kan,agak-agak nak pilih tajuk yang mana 1?tajuk first agak ringan sikit.sesuatu yang dekat dengan diri kita sebagai pelajar..bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia cintan cintun nie may be agak teruja untuk pilih second topic..huhu..aku pilih tajuk last sekali!hehe..memang hot topic la sebab classmates aku pon ramai yang pilih untuk present tajuk nie..kalau tak silap aku tak sampai 5 orang kot yang amik tajuk 2..pelik gak ..yelah,biasanya bab cintan cintun nie semua orang laju saje..


ada sorang kawan aku nie kena soal ngan lecturer..if a man already have a perfect wife,what other reason for him to practice polygamy?yang kawan aku nie pon terkulat-kulat la nak jawab...errr..eerr..dia bukan tak taw nak jawab tapi memikirkan susunan ayat  yang sesuai dalam english..nama pon english oral test kan..then dia jawab,"may be he wants to try..try...try...."

Saturday, December 10, 2011

drama melayu=rogol











Aku rasa pelik la...kenapa drama melayu sekarang plot cerita semua lebih kurang sama je...?agak keboringan di situ ye..lagi2 bila makin banyak novel di angkat ke layar skrin..kompem korang akan saksikan betapa klise nya drama novel melayu nanti.. korang pon semua tahu kan..boleh dikatakan banyak jalan cerita dalam novel mengisahkan tentang heroin di rogol..tak kesa lah kena rogol ngan husband ke kena rogol ngan pak sedara ke tak pon kena rogol ngan abang kawan ke...semuanya pasal rogol..perlu ke?tak ada idea lain ke..??serious boring...
biasanya bila sesuatu novel tu meletop pasti akan ada novel seterusnya yang berkisarkan tentang plot yang sama..yang ditukarnya cuma nama watak...kalau satu novel nie nama No Elleh yang satu novel lain pulak Hek Elleh...alaaa pusing2 jalan cerita tetap sama..aku yang tengok pon dah boleh predict apa yang jadi hujung cerita...

Thursday, December 8, 2011

Drama Bicara Hati







~Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu~


drama yang dinantikan ramai peminat setia novel bicara hati bakal menemui anda pada 13 disember ini di saluran astro..tak susah cerita nie nak dapat rating yang tinggi sebab novel nie da ada kelompok peminatnya yang tersendiri...gandingan pelakon nya pon boleh tahan..sweet!hehe...Sharnaaz Ahmad a.k.a Tengku Shahran dan Cristina Suzanne@Kris Cempaka.a.k.a Zahlia..aku rasa berdebar lak nak tunggu drama nie on air...cerita nie da la banyak scene yang ehemm..ehemmm..paham sendiri la yer..maluu la nak mention...huhu...*blushing* agak2 cane la scene zahlia kena rogol nanti yer..?sat...sat...baru aku perasan...

Jangan Kau Sakiti Dia




pernah tak korang predict apa akan jadi kat korang bila lahir waktu dalam perot mak dulu?time tu korang tengah syok menyondol perot mak...tak sempat nak plan kot..tak pe lah..aku bagi chance korang ingat balik kot2  korang memikirkan nya lepas 2 3 jam lahir tengok dunia?ado tak?aku tahu kompem tak daq kan....haha...mesti korang cakap "bengong no dia nie p tanya soalan bodoh watpa...macam la dia boleh plan semua tu time baby" hehehe...saje je nak intro...ce korang tengok baby kat atas nie...comel kan dia...tapi ada riak sedih di sebalik kecomelan itu..tak tahu mengapa tiba-tiba hati aku dipagut rasa sedih bila tengok wajah sayu baby nie...sinar matanya seperti mengharapkan sesuatu...


bila tengok picture baby comel nie ingatan aku terus menangkap sebujur wajah anak kecil yang comel persis amoi...cukuplah aku namakan dia sebagai Peah

Wednesday, December 7, 2011

Anda mungkin HIV +ve jika......














Anda mungkin disahkan HIV +ve jika tidak peka dengan keadaan sekeliling...Kadangkala kita merasakan environment di sekeliling cukup selesa dan selamat dari sebarang marabahaya...lalu segalanya kita pandang enteng saja tanpa memikirkan sedikit pun risiko...natijahnya bila da terkena dekat batang hidung baru lah nak sedar..tak guna da...korang kena ingat k even korang tak wat segala benda yang boleh menyebabkan korang tersenarai sebagai penghidap HIV +ve bukan bermaksud korang kompem terlepas ngan penyakit maut nie...siapa2 pon tetap berisiko...take a precautions step will save your life...better than nothing ok...entri kali nie aku kongsikan bersama beberapa perkara yang WAJIB korang alert especially dekat public area... 



1. Di kawasan pantai. 




Bila korang berjalan dengan riang gembiranya di pantai tolonglahhh(bukan merayu) pakai selipar atau kasut.tak kesalah kalau korang nak berlari atau main kejar2 manja ngan pakwe/makwe,yang penting tapak kaki korang di lindungi..sebabnya ada penagih dadah yang tak bermoral (errkk...dorang ada moral ka??) pergi tanam penyuntik yang dorang da abeh guna dalam pasir.kan da jadi big problema bila kaki korang yang halus tu terpijak...naya je nanti...

2. Di kawasan permainan kanak-kanak.





Hati-hatilah k bila bawak anak atau adik pergi main kat playground...tempat nie pon tak terlepas jadi sasaran mat dadah nak dajalkan orang awam..yang jadi mangsa kanak2..
kes nie ada berlaku kat australia dimana seorang kanak2 terkena suntikan yang sengaja diletakkan dekat papan lungsur... main dekat halaman rumah sendiri je insyaALLAH lebih selamat..

3. Di panggung wayang. 



Sebelum duduk kat kerusi tu tengok2 lah dulu apa yang ada atas atau celah kerusi...mana tahu kot2 excited sangat nak tengok ombak rindu sampai kerusi de jarum suntikan pon boleh tak perasan nanti...orang lain keluar panggung nangis sebab hariz ngan izzah..yang korang lak nangis sebab dapat musibah HIV...='( ='( tak ke haru di buatnya..lagi best kalau siap ada "love letter" yang di tinngalkan..''Welcome to the real world, you are now HIV positive''...kes nie da jadi kat hawai so be careful...

4.
Di mesin air minuman






Bayangkanlah dalam cuaca panas terik ngan tekak yang haus kering mesti sedap kalau dapat minum air dari mesin minuman...korang pon masukkan 2 keping not singgit sebab tak daq duit syiling...tetiba bila nak amik balance duit,ouch!jari korang terkena jarum suntikan kat dalam tempat balance duit..senyum panjang je mat dadah dari jauh bila korang da berjaya didajalkan dengan jarum suntik HIV.
Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...

HIV mengganas dalam minuman?









Benarkah dakwaan titisan darah HIV pekerja syarikat terbabit telah mencemari air minuman pepsi,tropicana juice,7up,Slice,coke dan lain-lain..?glupp...pasti ramai yang terkejut dan dok kalut risau bila dengar berita nie tersebar meluas...bagi yang tengah sedap menikmati air pepsi tiba-tiba pulak mesej nie masuk inbox...mahu tak tersembur air yang kat dalam mulut...haha..kompem korang da penah baca mesej yang berikut :




"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang"


"the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt."












rilex k...tak da apa pon yang nak dikalutkan..orang kuat company pon da bagi statement balas,






Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.


Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai rakyat negara itu sendiri.

sumber: HMetro






Sejauh mana kesahihan berita ini masih lagi menjadi tanda tanya...yalah kot2 depa dok nak coverline je ke..jatuhlah reputasi company bila isu macam nie timbul kan...nak tak nak kena la bagi statement balas untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat...dan mungkin ada benarnya apa yang dikatakan naib presiden itu...musuh bisness gaknye yang propa lebih..




tak kesalah betul atau tak..pokok pangkalnya si peminum...bacalah bismillah dulu sebelum minum insyaALLAH kita akan mendapat perlindungan-NYA dari apa yang kita minum...yakin dengan kalimah-NYA pasti tiada apa yang perlu diragui...=)  
















~Akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu~









NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

~tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelum mu~







 Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama? Taufik sebenarnya mempunyai makwe yang bernama Isabella...seorang model....yang cantik....penggoda tetapi mempunyai niat jahat....Taufik tak pernah melayan Salina sebagai seorang isteri...sedangkan salina adalah isteri yang sgt baikk....namun akhirnya....taufik kecundang nafsu sebagai insan bernama suami....tapi bukan atas kerelaan salina...Apabila mereka berbaik dan menjalani kehidupan sepasang suami isteri yang bahagia...Isabella bangkit untuk menghancurkannya.....

~salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini~






Rasa aneh,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andainya Iddya;cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.
Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya,ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. 

I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I. Iddya: aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian,barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


~Akhirnya kita lafazkan jua melalui suara hati~







Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegonnya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah.. Sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


~ Rahsia di hati... tak siapa yang tahu~







Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?



Tak usah diucap tak usah dilafaz aku sudah mengerti bahasa cintamu






AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

~ masa dan kejauhan bukanlah halangan bila jodoh telah di tentukan ~






Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. 

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Tuesday, December 6, 2011

Terima Kasih Cinta...






Terima kasih cinta...untuk segalanya...kau berikan lagi kesempatan ini...~ mesti korang pernah dengar kan bait-bait lagu nie?untung bagi yang mendapat kesempatan lagi untuk merasa nikmat cinta,nikmat di sayangi..kita selalu dengar luahan hati cinta seorang perempuan tapi jarang sekali bisikan hati arjuna dapat kita dengari...dalam bercinta tak kira lelaki atau perempuan pasti akan rasa sakit dan peritnya bila kecewa menyentap jiwa...lelaki biasanya tak tunjuk secara umum betapa frustnya dorang bila kecewa bercinta...depan member tunjuk macho setitis air mata pon sukar untuk di lihat di tubir mata..lain pulak dengan perempuan..selalu bila frust, sana sini kawan dia pergi ngadu hati yang lara...hehe..normal la kan..
aku tak pernah frust bercinta lagi..dia yang pertama dan yang terakhir,insyaALLAH. .








tapi aku pernah berdepan dengan orang yang frust menonggeng nie..kelakar pon ade gak..hehe..experience adiq aku sendiri..dia da hampir nak exam spm waktu frust.. balik sekolah saje terus dia dok terperap dalm bilik..biasanya tak macam tu....biasanya dia akan tukar baju then layan sinetron ngan adiq beradik yang lain..tapi kali nie dia berkelakuan pelik..mama panggil banyak kali ajak makan pon dia diam je dalam bilik..langsung tak bersahut sepatah..kitorang fikir kejap la tu ..agaknya gadoh2 manja ngan awek kot...sehari dua hari berlalu dia tetap macam tu jugak..mama pon jadi risau la..hati mak mane yang boleh tenang tengok anaknya bermuram durja aje...bila di tanya kenapa?dia diam seribu bahasa...yang mama aku nie pulak tak boleh kalau tengok anaknya sedih macam cicak kubing..huhu...kitorang pon syak la mesti de something yang dahsyat sampai dia jadi terok sangat...mane tak nya dia bukan setakat berkurung kat bilik je nie siap menyorok terbaring belakang katil..terperosok sempit2..apa celup?adeehhh...baju sekolah pon upenya tak tukar langsung...tiap malam lagu2 orang fruts je yang di alunkan dari hand phone dia...hhmmm...korek punya korek lama2 tahu sudah...betol la tekaan aku ngan adik2 yang lain..dia frust menonggeng...cian pulak tengok dia macam tu..dahsyat jugak kan bila lelaki frust...


aku jumpa 1 video menarik untuk tatapan korang semua..


video



sebelum aku tengok video nie,awal2 aku da pesan kat diri sendiri..don't cry..sebab aku rasa video nie biasa je kot dan tak mungkin akan buatku mengalirkan air mata apatah lagi menangis..cehh berlagak bukan main..hehe..tapi sangkaan ku ternyata meleset sama sekali..baru tengok separoh aku da dapat rasa kolam mata ku basah..akhirnya empangan mataku pecah jua ='( ='( uwaaaa...uwaaaa....uhuk..uhuk...



dulu aku sering persoalkan kejujuran dia...hati ini terlalu meragui ketulusan dan keikhlasan cintanya padaku...sukar untuk aku meyakini lafaz cinta yang di ucapkan..ya..aku takut..takut untuk berasa kecewa..takut andai cinta ini tdak kesampaian..takut jika aku menggantung harapan tinggi pada cinta yang dia hulur berakhir dengan derita...aku tak nak merasa sakit dan peritnya kekecewaan yang mampu menyentap jiwa...hati aku tak cukup kuat untuk hadapinya..dari raut wajahnya terpancar kesedihan setiap kali aku bangkitkan persoalan ini pada dia...namun dia cukup sabar dengan karenah aku yang cukup keras hati dan sangat degil...meskipun acapkali mulut lancang ku meminta perpisahan,dia tetap berusaha dan sabar pertahankan hubungan kami ini...ketakutan yang sentiasa membayangi perasaan aku...walaupun segala bukti sudah terbentang depan mata aku masih lagi persoalkannya...aku buta untuk menilai kasih sayang yang kau curahkan...ternyata video ini telah menyedarkan diriku..sejurus selepas aku menonton video tanda lelaki sayang terus aku menghubungi dia tapi dia tengah makan kat kedai..aku menunggu kepulangannya untuk aku menyatakan betapa aku terlalu menghargai dia dalam hidupku...betapa aku terlalu inginkan dia sebagai khalifah dan imam  untuk meniti hidup ini..betapa aku sesali kerana pernah meragui ketulusan hatinya..hanya dia yang aku mahu..bersamanya keselamatan aku menjadi keutamaan dia..tak pernah sesaat aku rasa terabai..kadangkala dia persis seorang ibu yang prihatin dengan pergerakan anak kecil..hehe..aku tahu sukar untuk aku rasa macam nie dengan lelaki lain atau mungkin tidak akan pernah rasa selamat seperti dengan nya...terima kasih sayang...terima kasih cinta kerana beriku kesempatan menikmati cinta dari hati seorang lelaki yang baik...<3 <3 u very strong sayang!







appreciate la orang yang anda cinta sebelum dia hilang dari pandangan matamu..it just useless to regret then..hati manusia nie tak pernah puas tak kiralah lelaki atau perempuan..sama saje..dorang dok fikir and searching someone else yang kononya boleh appreciate dorang lebih dari yang kat depan mata..no need la kawan..we don't know whether that guy will appreciate u or not..silap2 yang korang dok kejar-kejar kan tu buaya tembaga..kaki putar alam aje..haha..da terkena nanti baru terhegeh-hegeh merayu nak kembali ke pangkuan kekasih lama...tapi sorry la derrr...kirim salaammmm je la...menangis air mata darah pon belom tentu orang yang korang tinggalkan akan kutip korang semula...what goes around is comes around..hehe..
fikir la semasak-masak sebelum berniat nak scandal mandle nie..












Lagi Novel ke Layar Skrin











selepas kejayaan filem lagenda budak setan yang di adaptasi dari karya ahadiat akashah,trend novel di visual semakin rancak difilemkan..terbaru adalah filem ombak rindu hasil nukilan fauziah ashari..aku tak nak ulas lanjut tentang filem nie sebab entri yang lepas aku da post..pastinya filem ini bukanlah filem terakhir dari novel kerana dah bersusun drama/telemovie novel yang akan menemui peminat-peminat novel romantis melayu terbitan alaf21....wooww teruja bukan?!hehehe...aku dapat info nie pon kat satu blog di sini.7 buah novel telah terpilih untuk di angkat ke skrin kaca TV.tak sabar nak tunggu kemunculan novel2 hebat nie!=)
sayang seribu kali sayang kerana sume nye dalam siaran astro yer..kalau kat TV3 kan best..semua orang boleh layan drama nie..






























semua novel yang terpilih nie bukan calang-calang novel k..bestseller sumenyer..yang best sekali bila 3 buah novel karya novelis pujaanku terpilih!daebakkk!hehe...tahniah AISYA SOFEA=) kalau boleh aku nak sume novel dia di drama kan..kenapa sehangat asmara tak masok dalam list yer?plot ceritanye bestt n very touching ='(....love zainal arief so much!hehe...dalam pale aku nie cuma nampak adi putra je yang sesuai untuk watak Nal...sweet n baik ala2 macam zikir dalam tentang dhia..hope akan datang ada peluang untuk sehangat asmara lak...



“i'll lend u my shoulder to u cry on,my hand to u hold,my feet to walk with u....but i can't lend u my heart..coz it already belongs to..someone..” 





tak kurang juga untuk novel siti rosmizah,Andai Itu Takdirnya..memang superbbbb!adoiii..meleleh je air mata nie 1 kolah...='(  kalau novel nie di angkat ke layar skrin kompem lagi gempak dari ombak rindu..mahunyer banjir panggung wayang nanti..haha...aku pasti kegemilangan drama-drama novel nie boleh buat sinetron indonesia dan telenovela mexico menjerit bengang peminat dorang lari..hahaha..padan muka..=P






Aleya~"Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. 
Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi,
 hatiku lebih keras dari kerikil." ~Syed Aizril









Monday, December 5, 2011

Fenomena Ombak Rindu






vs


kisah cinta hariz dan izzah yang tak pernah berhenti di hempas ombak..
love victory belongs to most persevering<3

aku pasti kebanyakan daripada kita sekarang sedang di serang demam filem ombak rindu...filem nie bukan setakat buat peminat setianya demam kuss kuss..hehe..malah keganasan auranya dapat di lihat berdasarkan kutipan pada hari pertama tayangan-RM750K!!pergghh..boleh kalahkan filem KL Gangster kalau ceni ganasnyer..ada sumber mendakwa filem nie da mencatat kutipan RM7 juta selepas 72 jam tayangan dan ada pula yang mengatakan kutipannya RM4 juta selepas 4 hari tayangan...aku pon tak tahu lah mana satu yang betul..yang pasti movie nie memang da booommbb!!^_^   kita tengok saje nanti kutipan filem nie selepas 2 minggu wajib tayangan.. kemunculan filem ombak rindu ternyata telah mengembalikan zaman kegemilangan filem cinta yang kian layu sejak akhir2 nie..syabas kepada seluruh krew produksi yang menjayakan ombak rindu!dan segunung tahniah di ucapkan kepada penulis novel ombak rindu-FAUZIAH ASHARI .
tiket wayang untuk filem nie pon dah full seminggu...dahsyat bukan?kasihan dekat peminat tegar novel nie ='(...uhuk..uhuk...aku pon peminat tegar jugak tapi tak dan la aku nak pergi tengok kat wayang...bukan tak nak menyokong filem ini cuma hatiku terlalu tulus untuk memberi laluan kepada peminat lain menonton nya...hahaha..(padahal tunggu masuk youtube je...jimat...tak payah nak berebut...hehehe...)



sukar rasanya untuk memenuhi citarasa semua pihak..ada peminat yang memberi komen pro dan kontra..ada sebahagian daripada mereka kecewa dengan pengolahan filem ini...mungkin bagi mereka yang frust sebab ade scene yang berbeda sama sekali ngan dalam novel...aduuhhh..memang la spoil kalau macam tu kan...
maybe osman ali nak bagi sedikit kelainan..kalau semua scene novel di visualkan ke layar skrin bahaya juga sebenarnya...




aksi ranjang antara hariz ngan izaah...aduuhh berkocak naluriku..hehehe..




terciptalah banyak dosa bagi mata yang menyaksikan nya..ada banyak scene dalam novel boleh di kategorikan sebagai 18SX..bila membaca kita hanya visualkan dalam bentuk imaginasi dan kita sendiri yang tahu ...dosa tanggung sendiri la kan..tapi bila di terjemahkan di skrin nampak tak manis(dosa) la bila dorang berlakon beraksi panas..macam-macam komen negatif akan dilemparkan pada pelakon..yang tonton pon dapat tempias dosa...dan apa yang dorang jawab "saya ikut skrip"..so sebagai peminat mahupun penonton tak bolehlah nak berharap sangat novel di angkat ke filem akan beri jalan cerita original sepenuhnya...ada yang boleh dan ada yang perlu di limitkan..jom layan gambar-gambar ombak rindu seterusnya...=)




romantisnyerr..<3





love both of you!<3




kasihan izzah...sentiasa dikasari hariz..



hariz menikahi mila ='(